Siasat Secara Adil, Menyeluruh Tanpa Dipengaruhi Hujah Pembangkang - NFCorp

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam Negara digesa menjalankan siasatan secara adil dan menyeluruh terhadap dakwaan berlakunya perlanggaran dalam National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Pengerusi NFCorp Datuk Seri Dr Mohd salleh Ismail berkata siasatan juga perlu dibuat tanpa dipengaruhi hujah-hujah politik pembangkang.

"Kami menggesa Peguam Negara untuk bertindak adil dan tidak terpengaruh dengan hujah-hujah politik pembangkang, serta menjalankan penyiasatan berdasarkan fakta-fakta yang telah diusulkan oleh Ketua Audit negara di dalam Laporan 2010 beliau," katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Rabu.

Kenyataan dibuat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2011 berkaitan NFCorp yang menyatakan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji kemungkinan untuk mengambil tindakan sivil terhadap NFCorp.

Dr Mohd salleh turut meminta Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap perlanggaran pertama yang didakwa dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selepas penangguhan dilakukan terhadap pembinaan Pusat Penyembelihan Berkualiti Eksport (Export Quality Abattoir - EQA) yang mampu menyembelih 350 ekor lembu sehari.

"Penangguhan ini telah memberi impak terhadap jumlah pengeluaran daging lembu, penangguhan terhadap pembinaan kemudahan-kemudahan berkaitan seperti kilang makanan ternakan dan loji bio gas," katanya.

Beliau berkata penangguhan terhadap Entrepreneur Development Programme (EDP) juga memberi kesan kerana ia turut bergantung kepada EQA.

Menurut laporan audit negara, kerajaan sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap NFCorp untuk mendapatkan kembali pinjaman mudah bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Selain itu, projek tersebut yang dijalankan di Gemas, Negeri Sembilan juga sedang dikaji semula oleh kerajaan.

Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur telah menetapkan 5 November ini sebagai tarikh perbicaran terhadap Dr Mohamed Salleh yang didakwa atas empat kesalahan rasuah melibatkan RM50 juta wang NFCorp.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan