Prosedur Pinjaman Tidak Bebankan Usahawan

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menganggap prosedur pinjaman yang dikenakan oleh institusi kewangan seperti SME Bank, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Bank Pembangunan tidak membebankan golongan usahawan tempatan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, prosedur tersebut dikenakan bagi memastikan pemohon memenuhi kriteria dan syarat kelayakan dan mampu untuk membuat bayaran pulangan.

"Syarat-syarat tersebut adalah untuk pihak bank membuat penilaian berdasarkan daya maju projek yang dilaksanakan. Selain itu kita juga melihat keupayaan mereka untuk membayar balik pinjaman.

"Kita tidak mahu mereka berharap seratus peratus pada bank, usahawan perlu menunjukkan komitmen dengan mempunyai modal awal terlebih dahulu," katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pada pesidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Awang Adek berkata, selain institusi kewangan sedia ada, para usahawan turut mempunyai alternatif lain dalam membuat pinjaman kewangan.

Alternatif itu termasuklah membuat pinjaman daripada MTDC bagi membantu usahawan tempatan memohon pinjaman khususnya pembiayaan kepada projek teknologi.

Manakala bagi usahawan dari Sabah dan Sarawak yang terlibat dengan sektor maritim dan infrastruktur pelancongan, Bank Pembangunan boleh dijadikan pilihan.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan berkaitan penganiayaan, rasuah atau layanan yang tidak baik daripada pihak bank, beliau berkata perkara tersebut akan diambil tindakan tegas.

"Jika ada berlaku perkara-perkara seperti itu, saya harap pengguna membuat aduan agar kita boleh mengambil tindakan tegas terhadap anggota kakitangan yang terlibat.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan