Perkhidmatan LRT Jelatek Ke Sri Rampai Alami Gangguan Teknikal

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perjalanan tren transit aliran ringan (LRT) antara Jelatek dengan Sri Rampai berkeadaan perlahan sejak pagi hingga 12.27 tengah hari Khamis berikutan satu gangguan teknikal sistem isyarat. Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataannya berkata perkhidmatan di sepanjang laluan itu berlaku kelambatan kerana ia terpaksa dikendalikan secara manual.

"Sejumlah 29 perjalanan tren empat gerabak digerakkan tetapi perjalanan masih perlahan dan orang ramai terpaksa menunggu lebih lama untuk menaiki tren," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, gangguan teknikal itu berlaku berikutan kerja menukar bahagian alat isyarat lama seperti dinasihatkan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak syarikat.

"Kerja berkenaan yang bermula pukul 12 awal pagi dan diselia oleh kontraktor sistem isyarat menghadapi kesulitan di luar jangkaan pukul 4 pagi yang menyebabkan gangguan kepada Sistem Automatik Operasi Tren bagi laluan berkenaan," kata kenyataan itu.

Prasarana menyatakan RapidKL menyesali di atas kesulitan dan kepayahan akibat daripada gangguan yang terjadi. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan