Nusyuz Bukan Penghalang Hak Penjagaan Anak - Mashitah

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang isteri yang didapati nusyuz tidak menjadi faktor pertimbangan oleh mahkamah ketika membuat penentuan hak penjagaan anak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata hak penjagaan (hadanah) terhadap anak hanya akan hilang atas beberapa faktor termasuk kecuaian. "Isu nusyuz hanya berkaitan dengan hak nafkah isteri sahaja iaitu apabila isteri diisytiharkan nusyuz oleh mahkamah, maka gugur haknya menerima nafkah daripada suami sehingga dia bertaubat.

"Justeru isu seorang isteri yang didapati telah nusyuz tidak menjadi pertimbangan oleh mahkamah kerana pertimbangan mahkamah yang utama ialah kebajikan anak kerana tidak bermakna wanita itu tidak dapat menjaga anak dengan baik," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang ingin tahu adakah benar bahawa seorang isteri yang didapati bersalah melakukan nusyuz akan tetap diutamakan dalam soal hak penjagaan anaknya.

Mashitah berkata seorang isteri hanya akan gugur hak hadanah dalam lima keadaan sahaja iaitu sekiranya wanita itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka serta mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak.

Beliau berkata hak itu juga boleh hilang sekiranya wanita itu murtad atau menukar pemastautin dengan tujuan mencegah bapa kanak-kanak berkenaan dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu.

"Wanita itu juga boleh kehilangan hak sekiranya penjagaannya boleh menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu apabila dia berkahwin sekali lagi tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan," katanya.

Beliau berkata hak penjagaan anak yang belum mumayiz iaitu bagi lelaki tujuh tahun ke bawah dan perempuan sembilan tahun ke bawah, secara automatik akan berada di bawah jagaan si ibu.

"Tetapi sekiranya ternyata dan dapat dibuktikan di mahkamah bahawa wanita itu cuai dalam penjagaan anaknya, maka suami boleh menuntut supaya hak itu digugurkan," katanya.

Mashitah berkata dalam kes yang begitu spesifik bahawa suami itu mendapati isteri tidak menjaga anak tetapi dia sendiri yang menjaga berseorangan, dia boleh membawa ke mahkamah atas faktor kecuaian bukan faktor nusyuz. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan