KPT Tolak 20 Permohonan Tubuh IPTS - Berita Semasa | mStar

KPT Tolak 20 Permohonan Tubuh IPTS

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menolak 20 daripada 46 permohonan untuk menubuhkan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf kolej pada tahun lalu kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata KPT sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala melalui operasi tertentu bagi memastikan kualiti penubuhan sesebuah IPTS di Malaysia mencapat tahap yang ditetapkan.

"Setiap IPTS yang diluluskan dan didaftarkan dibawah KPT tertakluk dibawah peruntukan Akta IPTS atau Akta 55 dan peraturan dibawahnya.

"Penubuhan IPTS tidak dibuat sewenangnya tetapi melalui tapisan yang ketat. Hanya IPTS yang benar-benar layak sahaja diluluskan penubuhannya," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) yang ingin mengetahui mengenai langkah yang di ambil KPT dalam mengawal penubuhan IPTS di negara ini.

Selain itu Saifuddin berkata, beberapa operasi telah dilaksanakan seperti Ops Matang, Ops Antarabangsa, Ops Kejurawatan, Ops Klinikal dan Ops Kelayakan masuk bagi mengawal kualiti mengikut piawaian ditetapkan kementerian.

"Sebanyak 150 buat IPTS dilawati setiap tahun. Melalui Ops Weeding out 2010, sebanyak 27 IPTS telah dibatalkan penubuhannya dan 15 lagi dibatalkan pendaftarannya. KPT sentiasa mengadakan program kerjasama dengan IPTS sebagai salah satu langkah pencegahan," katanya.

Tambah beliau, pada tahun 2011 jumlah itu berkurang kerana lebih banyak IPTS menepati syarat yang ditetapkan.

Jelasnya, setakat Ogos 2012 terdapat 506 buah IPTS yang berdaftar dengan KPT.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 34 buah IPTS bertaraf universiti, kolej universiti (21), kampus cawangan universiti luar negara (6) dan 413 buah masih aktif.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan