Dr Mahathir Bersyukur MILF, Kerajaan Filipina Capai Perdamaian

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersyukur konflik lebih 40 tahun di antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di wilayah selatan Filipina diselesaikan secara rundingan.

Beliau berkata sebagai manusia yang bertamadun, peperangan harus dielakkan dalam menyelesaikan pertikaian atau konflik.

"Saya bersyukur kerana akhirnya mereka dapat selesaikan pertikaian di selatan Filipina dengan cara rundingan dan Malaysia turut mengambil bahagian untuk memudahkan perjumpaan antara mereka.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Bangsamoro dan kerajaan Filipina dan kerajaan Malaysia juga kerana dapat menyelesaikan pertikaian dan menghentikan peperangan yang (telah) melibatkan pembunuhan begitu ramai askar dan juga rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, Khamis.

Pada Isnin lalu, kerajaan Filipina dan MILF telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.

Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lalu.

Sementara itu mengenai program Bicara Negarawan itu, Dr Mahathir berkata pegawai tadbir perlu berperanan sebagai ahli profesional dan tidak terlibat dengan politik secara langsung.

Katanya sebagai pentadbir, tugas mereka ialah menjalankan segala yang dirancang atau ditentukan oleh pemerintah.

"Dia (pentadbir) mesti rapat diri dengan rakyat, ambil tahu masalah rakyat kerana pentadbir sekarang tidak terhad kepada urusan pejabat saja, tetapi terlibat secara langsung dengan urusan untuk memajukan negara dan rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan