Sebelum Wujud PTPTN K'jaan Hanya Mampu Taja 26,000 Pelajar Sahaja Ke Universiti Setahun

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebelum penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 1997, Kerajaan hanya mampu menyediakan biasiswa untuk sekitar 26,000 orang pelajar sahaja setahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini bermaksud, ramai pelajar yang layak ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak mendapat penajaan khususnya di kalangan mereka yang miskin dan berpendapatan sederhana.

Namun, pada hari ini, tegasnya, PTPTN telah berjaya meningkatkan akses kepada pengajian tinggi di mana pada tahun 2011 sahaja, sejumlah 227,209 orang telah berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi dengan bersumberkan pembiayaan PTPTN.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet 2013) di Dewan Rakyat, malam Selasa.

Menurutnya, PTPTN yang ditubuhkan bertujuan meningkatkan akses kepada pengajian tinggi dan menggalakkan pendemokrasian pendidikan serta menyediakan sumber manusia yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan ekonomi negara selari dengan wawasan Kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Sehingga 31 Ogos 2012, PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2,031,259 orang pelajar yang layak dengan komitmen sehingga pelajar tamat pengajian berjumlah RM45.4 bilion.

Daripada jumlah tersebut, Sebanyak RM31.3 bilion telah disalurkan kepada pelajar berkenaan untuk pembiayaan pengajian mereka.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan