Pengecualian Cukai Pendapatan Ke Atas Bonus Beri Kesan Kepada Pendapatan Negara

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tindakan mengecualikan cukai pendapatan ke atas bonus yang diterima penjawat awam boleh memberi kesan terhadap hasil pendapatan negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Ini kerana, jika dilaksanakan, pekerja sektor swasta juga berhak ke atas pengecualian itu sekaligus memberi kesan kepada hasil cukai negara, katanya.

"Pengecualian cukai pendapatan itu juga tidak memberikan manfaat kepada penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM2,700 yang sememangnya tidak membayar cukai," katanya pada majlis perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan kepimpinan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, Rabu.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman memohon agar bonus satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam pada Disember dan Januari ini seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 yang lepas, dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Pada sidang akhbar kemudiannya yang turut disertai Omar, Ali berkata, perjumpaan pada Rabu adalah untuk berbincang berhubung usaha menambaik sektor perkhidmatan awam serta mencari jalan penyelesaian berhubung beberapa isu berbangkit.

Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan sebarang cadangan atau pertanyaan daripada semua penjawat awam untuk dimajukan kepada e-mel beliau daripada semasa ke semasa.

Mengenai keputusan supaya pinjaman perumahan kerajaan dikendalikan bank-bank komersial, Ali berkata, ia tidak akan menjejaskan manfaat pinjaman perumahan yang diterima penjawat awam.

Beliau berkata, kriteria-kriteria sedia ada akan dikekalkan termasuk bayaran faedah pinjaman empat peratus.

Malah, katanya, skim pinjaman perumahan juga ditambah baik dengan wang proses permohonan pinjaman ditukar kepada RM100 kadar rata berbanding RM1 setiap RM1,000 pinjaman sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Ali sekali lagi menegaskan surat pekeliling kepada penjawat awam yang ingin bercuti ke luar negeri yang sebelum ini perlu meminta kebenaran daripada KSN, Ketua Setiausaha (KSU) kementerian atau ketua pengarah jabatan sahaja, kini diturunkan kuasanya ke peringkat pengurusan yang lebih rendah.

"Jadi pegawai yang di bawah setiausaha bahagian, dia akan dapat kelulusan di bawah setiausaha bahagian. Yang atas daripadanya mungkin kepada timbalan ketua setiausaha atau timbalan ketua pengarah dan atas lagi akan mohon kepada KSU.

Kalau KSU atau Ketua Setiausaha Perbendaharaan nak ke luar negeri mohon kepada KSN," katanya.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban pihak atasan selain memudahkan penjawat awam mendapat kelulusan untuk ke luar negara dengan lebih cepat.

Mengenai isu pegawai kontrak, Ali berkata, penyerapan mereka dalam perkhidmatan awam perlu dilakukan beransur-ansur.

Katanya, bagi pegawai kontrak yang mengisi jawatan tetap di gred lantikan, kerajaan akan menimbang pelantikan tetap tetapi tertakluk kepada yang memenuhi syarat skim perkhidmatan berkenaan, berprestasi baik dan diperakui ketua jabatan.

Berhubung pertukaran pegawai dan anggota sektor awam yang sering dibangkitkan, beliau berkata ia adalah amalan biasa untuk membolehkan penilaian dilakukan ke atas seseorang penjawat awam serta mempertingkat kecekapan mereka.

Katanya, pada masa ini, 891 pegawai bagi perkhidmatan gunasama memohon pertukaran ke negeri atau daerah untuk mengikut pasangan, masih tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kekosongan jawatan atau pegawai sedia ada di kawasan itu tidak memberikan kerjasama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan