Kerajaan Kaji Bantu Mangsa Tragedi Pembunuhan Batang Kali

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha mendapatkan pembelaan oleh keluarga mangsa tragedi pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali oleh tentera British pada 1948 mendapat perhatian Parlimen Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau akan mendapatkan pandangan Peguam Negara dan Wisma Putra bagi membantu keluarga berkenaan mendapatkan permohonan maaf daripada Kerajaan British.

"Saya akan hubungi Wisma Putra bagi melihat bagaimana kerajaan dapat membantu usaha mereka ini.

"Selain itu kita juga akan dapatkan pandangan Peguam Negara sekiranya Parlimen Malaysia dapat campur tangan untuk membangkitkan isu ini kepada Parlimen British," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau sebelum itu turut menandatangani poskad kempen 10,000 tandatangan untuk dihantar kepada Perdana Menteri British bagi menuntut permohonan maaf kepada mangsa tragedi berdarah berkenaan.

Tragedi pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali pada Disember 1948 menyaksikan 24 penduduk kampung dibunuh oleh tentera British di ladang getah.

Keluarga mangsa, Chong Nyok Keyu, Loh Ah Choi, Lim Kok dan Wooi Kum Thai memfailkan kes mereka di Mahkamah Tinggi British pada 4 September lalu namun mahkamah menolak permintaan untuk mengadakan siasatan penuh mengenai tragedi berkenaan.

Pihak berkenaan kemudiannya memfailkan rayuan pada 10 Oktober lalu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan