Kerajaan Cadang Beri Permit Teksi Individu

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memberikan permit teksi kepada individu yang layak serta memenuhi kriteria bagi memperbaiki sistem penyewaan teksi sedia ada.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang meneliti garis panduan pelaksanaan cadangan berkenaan.

"SPAD sedang menyiapkan garis panduan untuk mengeluarkan permit individu ini yang akan diumumkan kemudian," katanya di Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang mahu tahu jumlah pemandu teksi di seluruh negara dan status terkini keputusan penghapusan sistem pajakan permit teksi yang dimonopoli syarikat tertentu.

Selain itu Ahmad berkata, pada masa ini terdapat 79,571 pemandu teksi berdaftar di seluruh negara manakala jumlah syarikat yang memiliki permit teksi adalah sebanyak 1,303 buah.

"Mereka memiliki sebanyak 31,978 permit (48 peratus) dan bakinya 35,450 permit (52 peratus) adalah milik individu," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) sama ada kerajaan bercadang mengurangkan jumlah pemandu teksi, Ahmad berkata ia tidak boleh dilakukan memandangkan permit teksi telah dikeluarkan kepada syarikat secara sah.

Namun jelasnya, kerajaan sedang dalam proses memperkenalkan model baru perniagaan teksi yang akan memberi lebih kebajikan kepada pemandu dan sekaligus meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan