IPTA, IPTS Tidak Terlibat Palsu Ijazah

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi (IPT) yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak terlibat dalam sindiket penjualan ijazah palsu di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung bagaimanapun berkata, sindiket penjualan ijazah palsu yang berlaku di negara ini hanya membabitkan syarikat swasta dan individu tertentu yang mempunyai kaitan dengan universiti luar negara.

"KPT belum menerima sebarang aduan penjualan ijazah palsu yang melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan sama ada IPTA (institut pengajian tinggi awam) atau IPTS (institut pengajian tinggi swasta) yang berdaftar secara sah kepada KPT.

"Bagaimanapun bagi kes penjualan ijazah palsu yang disiarkan akhbar baru-baru ini, KPT telah menjalankan siasatan dan mendapati ianya dilakukan oleh syarikat-syarikat swasta dan individu tertentu yang menjual ijazah daripada universiti luar negara," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang ingin mengetahui mengenai usaha KPT membanteras penjualan ijazah palsu serta tindakan kepada pemilik ijazah di kalangan penjawat awam.

Selain itu Hou yang juga Ahli Parlimen Kluang berkata, KPT memandang serius kegiatan berkenaan dan sentiasa membuat pemantauan terhadap IPTA dan IPTS bagi memastikan tiada IPT tempatan terlibat.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas institusi berkenaan sekiranya didapati terlibat dalam kegiatan ini.

"Pemantauan ke atas pengiklanan IPT juga sentiasa dilaksanakan oleh KPT secara berterusan bagi pastikan kes penjualan ijazah palsu oleh IPT tidak berlaku," katanya.

Tambah beliau, kakitangan IPTA tempatan juga terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan undang-undang sedia ada bagi memastikan gejala penjualan ijazah palsu tidak berlaku.

"Berdasarkan peruntukan dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam 2012, seseorang pegawai awam boleh ditamatkan perkhidmatan sekiranya meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan perlantikannya.,

"Bagi mana-mana majikan atau orang awam termasuk ahli Parlimen yang ingin mengesahkan mana-mana ijazah yang dikeluarkan oleh IPT tempatan, mereka boleh ajukan terus kepada IPT berkenaan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan