Himpunan Aman Di Hadapan Kedutaan Indonesia Bantah Penahanan Nelayan Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan secara aman diadakan di hadapan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Jalan Tun Razak di sini Rabu sebagai membantah tindakan pihak berkuasa republik itu menahan dua nelayan Malaysia kerana dikatakan menceroboh perairan Indonesia di Selat Melaka.

Perhimpunan itu disertai anggota keluarga nelayan terbabit serta dari Persatuan Kebajikan Nelayan dan Peniaga-peniaga Ikan Sekinchan Selangor, Persatuan Nelayan Hai San Sungai Besar Selangor dan Koperasi Nelayan Hilir Perak Berhad dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor.

Pihak kedutaan kemudian membenarkan lima orang memasuki pejabat bagi mengadakan pertemuan dengan pegawai kedutaan serta wakil pihak penguatkuasaan republik itu.

Pada 15 Jun lepas, dua nelayan dari Hutan Melintang, Perak ditahan setelah bot mereka dipintas oleh pihak berkuasa Maritim Indonesia atas dakwaan menceroboh perairan republik itu. Kedua-dua mereka telah dihadapkan ke mahkamah dan kini ditahan di Bagan Siapiapi, Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor, Tang Ah Chai berkata dalam pertemuan sejam itu, mereka menyerahkan memorandum bantahan meminta pihak berkuasa Indonesia memandang serius insiden nelayan Malaysia diganggu pihak penguatkuasa republik itu di Selat Melaka.

"Kami minta pertolongan Kedutaan Indonesia supaya dapat membantu melepaskan dua nelayan yang ditahan itu dan memulangkan semula bot mereka," katanya kepada pemberita yang menunggu di luar kedutaan itu.

Tang berkata hasil perjumpaan itu, pihak kedutaan Indonesia bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Malaysia Selasa depan bagi menyelesaikan perkara tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan