Cadangan Permit Teksi Kepada Individu Layak Dapat Kurangkan Monopoli

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dan memenuhi kriteria dalam usaha memperbaiki sistem penyewaan teksi sedia ada, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata garis panduan mengenai perkara itu akan diumumkan kelak selepas disiapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang mahu tahu jumlah pemandu teksi di seluruh negara dan status terkini keputusan penghapusan sistem pajakan permit teksi yang dimonopoli syarikat tertentu.

Ahmad berkata pada masa ini terdapat 79,571 pemandu teksi berdaftar di seluruh negara manakala jumlah syarikat yang memiliki permit teksi adalah sebanyak 1,303 buah dengan memiliki sebanyak 31,978 permit (48 peratus).

Selain itu, katanya sebanyak 35,450 permit (52 peratus) lagi bagi permit dimiliki oleh individu. Ahmad berkata sebanyak 72 peratus baucar tayar bernilai RM520 telah ditunaikan di bawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang melibatkan 62,607 pemandu teksi di seluruh negara.

Menjawab soalan tambahan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) sama ada kerajaan bercadang mengurangkan jumlah pemandu teksi, Ahmad berkata ia tidak boleh dilakukan memandangkan permit teksi telah dikeluarkan kepada syarikat secara sah.

Namun kerajaan sedang dalam proses memperkenalkan model baru perniagaan teksi yang akan memberi lebih kebajikan kepada pemandu dan sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara, katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad berkata beliau akan memaklumkan kepada Spad berhubung ancaman Badan Bertindak Pemandu-Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) baru-baru ini yang mahu memburukkan reputasi kerajaan jika permintaan dan masalah berkaitan mereka tidak diselesaikan.

"Kita minta mereka berbincang dengan Spad, lebih elok jumpa dengan pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar. Saya akan maklumkan kepada beliau tentang perkara ini, dan dialog adalah perkara terbaik dalam pelbagai perkara," katanya.

Khamis lepas, BBPTB dalam sebuah portal berita tempatan berkata mereka akan menyebarkan perspektif buruk mengenai negara kepada pelancong asing jika masalah mereka antara lain berkenaan caj tinggi yang dikenakan syarikat teksi yang memonopoli kawasan tumpuan sehingga RM200 sehari tidak diselesaikan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan