Tangguh Projek Rapid - Anwar

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang akhirnya tampil dengan pendirian bersama yang menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak menolak sepenuhnya pelaksanaan projek berkenaan malah mencadangkan agar ia dipindahkan ke kawasan lain.

"Kita mahu jelaskan keputusan bersama iaitu tidak ada apa-apa kekeliruan kerana pada dasarnya kita tidak pernah menolak apa-apa program pembangunan.

"Tetapi isu rapid di Pengerang ini menjadi masalah kerana pelaksanaan itu bercanggah dengan prinsip yang kita putuskan sebab ada kawasan alternatif yang dikira wajar disediakan untuk projek itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Isu projek Rapid menjadi perdebatan hangat di kalangan komponen pembangkang apabila Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa pembangkang akan tetap meneruskan projek itu sekiranya pembangkang menang di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Namun sebelum itu, Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen mencadangkan agar projek tersebut dipindahkan ke Kerteh kerana mendakwa kos pembinaan projek Rapid yang bakal menelan belanja sebanyak RM60 bilion itu merupakan satu pembaziran.

Mengulas lanjut Anwar berkata pihaknya mahu kerajaan meneliti beberapa isu yang dibangkitkan rakyat terutama berkaitan kajian kesan alam sekitar jika projek itu diteruskan.

"Apa yang berlaku sekarang ialah projek tambak laut diteruskan sebelum tanah rakyat diambil. Maknanya nelayan tradisional Melayu menjadi mangsa dan mengalami kerugian yang besar.

"Selain itu kita belum yakin dengan keputusan kajian alam sekitar dan kesan kesihatan, perlu lihat cadangan EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar)," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan