Penjara Mandatori Bagi Perogol Gadis Bawah Umur - Nazri

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memberi kebenaran kepada Jabatan Peguam Negara untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan secepat mungkin supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur 16 tahun dijatuhkan hukuman penjara mandatori dan tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pindaan yang dicadangkan itu bertujuan supaya hukuman penjara mandatori di bawah Seksyen 376 dikekalkan, dan hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

"Ini termasuk mengeluarkan perintah bon berkelakuan baik sekiranya pesalah merupakan pesalah kali pertama, atau jika terdapat hal keadaan peringan, yang memberi gambaran bahawa undang-undang yang ditetapkan tidak dipatuhi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat Isnin.

Mohamed Nazri berkata keputusan itu dibuat berikutan jumlah kes rogol melibatkan gadis bawah umur yang terlalu tinggi, selain bagi memelihara golongan tersebut daripada terdedah kepada jenayah berkenaan tanpa sebarang perlindungan.

"Sejak 2007 hingga Ogos 2012, terdapat 5,976 kes yang dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan di bawah kesalahan rogol melibatkan gadis bawah umur 16 tahun. Dalam tempoh yang sama, terdapat 5,119 orang yang telah dituduh di bawah kesalahan itu," katanya.

Anggota Parlimen Padang Rengas itu turut membidas Teresa Kok (DAP-Seputeh)yang meminta kerajaan tidak terburu-buru meminda undang-undang tersebut dan perlu mendapatkan maklum balas pelbagai pihak terlebih dahulu.

"Kalau kita nak tunggu buat kajian, akan makan masa. Dengan jumlah kes yang banyak ini, adakah kita mahu dedahkan gadis ini secara terbuka kepada sebarang kemungkinan berlaku rogol," katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan bersedia menimbang keperluan mewujudkan satu akta baru bagi mengelakkan pihak yang menerima dana asing menyalah guna wang tersebut untuk mengkhianati negara.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia sudah mempunyai pelbagai undang-undang dengan tujuan khusus memelihara kepentingan, keselamatan dan kesejahteraan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan