Pasport Baru Lebih Berkualiti Mulai Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk mengeluarkan pasport dengan struktur baru yang lebih berkualiti iaitu jenis 'Polycarbonate Biodata Page' mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, langkah itu bagi mengatasi masalah teknikal yang seringkali wujud dalam proses pengeluaran pasport.

"Kebanyakan mesin pembuatan dokumen tersebut yang digunakan di pejabat-pejabat imigresen telah berusia lebih lima tahun dan digunakan sejak tahun 2007.

"Kondisi mesin-mesin tersebut kini kerap menghadapi masalah teknikal yang boleh menjejaskan pengeluaran pasport," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau berkata, orang awam sering berdepan dengan masalah mendapatkan pasport atas faktor tersebut dan terpaksa ke pejabat imigresen lain bagi mendapatkan pasport pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Abu Seman berkata, kementerian akan meneliti untuk turut mengurangkan caj bayaran pasport kepada mangsa jenayah yang kehilangan dokumen itu akibat dicuri atau disamun.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada cadangan Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah).

Fong berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut sebagaimana warga emas yang mendapat pengurangan diskaun 50 peratus pembayaran pasport dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan