Kelemahan Kementerian, Agensi Dalam Laporan Ketua Audit Tidak Jejas Sokongan Rakyat - Dr Chua

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelemahan beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara tidak akan memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek menyifatkan bahawa rakyat sudah matang akan mempertimbangkan faktor lain seperti bagaimana kerajaan membawa pembangunan kepada negara sejak 50 tahun dahulu.

“Jika benar rakyat tidak gembira dengan isu yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit setiap tahun, kerajaan sudah lama lenyap 50 tahun dahulu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden parti pada Selasa.

Beliau menambah, rakyat faham bahawa tiada agensi atau jabatan yang sempurna.

Menjadikan Kelantan sebagai contoh, Dr Chua berkata, kerajaan negeri masih lagi berhadapan dengan beberapa masalah dan kelemahan di mana telah diperjelaskan dalam Laporan Ketua Audit, walaupun PAS telah lama mentadbir negeri itu bertahun-tahun.

Mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Dr Chua berkata, penglibatan dan kesedaran awam lebih banyak diperlukan supaya rakyat mengetahui tentang faedah sistem berkenaan, di mana telah terbukti untuk mengurangkan kemalangan sebanyak 60 peratus di negara-negara lain.

“Saya mahu jemput DAP untuk membantu mendidik rakyat berhubung perkara ini. Ini bukan mesin untuk membuat duit seperti yang didakwa oleh mereka,” katanya, sambil menambah bahawa isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau turut berkata, tanda amaran itu perlu dimaklumkan kepada orang ramai di beberapa lokasi yang menempatkan kamera itu supaya ia mudah dilihat dengan jelas.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan