Jangan Beri Ruang Mencelah Terlalu Banyak - Pandikar Amin

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur beberapa menteri dan timbalan menteri kerana memberi ruang kepada wakil rakyat lain 'mengganggu' sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.

Sesi penggulungan peringkat dasar yang bermula Isnin, beberapa kali menjadi riuh apabila ramai anggota Parlimen pembangkang kerap mencelah untuk mengemukakan soalan tambahan di luar isu yang dibahaskan sehingga menyebabkan perjalanan mesyuarat terganggu dan berlarutan.

Pandikar Amin bertegas tidak membenarkan menteri dan timbalan menteri yang menggulung perbahasan memberi laluan kepada anggota Parlimen lain mencelah, serta meminta mereka mempercepat penggulungan masing-masing.

"Baru sahaja saya tegur tadi bahawa masa tak mengizinkan (untuk celahan). Kalau ahli-ahli Yang Berhormat tak dengar lagi, saya akan arahkan timbalan-timbalan saya supaya setiap kementerian hadkan 20 minit.

"Saya boleh buat begitu di bawah Peraturan Mesyuarat. Jangan ada yang pertikai itu," katanya apabila keadaan menjadi kecoh semasa giliran Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop menggulung perbahasan.

Bagaimanapun, beberapa anggota Parlimen termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan N.Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai) masih cuba mencelah dan ini membuatkan Pandikar Amin hilang sabar.

"Kalau saya tak tegas macam mana. Saya perlu menguruskan masa. Bila kita ambil tindakan keras, semua tak senang hati.

"Hati siapa yang dijaga ni Yang Berhormat. Sekali-sekala jagalah hati orang yang duduk di sini (merujuk kepada Speaker). Seorang buat hal, semua kena.

"Lain kali jangan buat hal. Bertimbang rasalah kepada orang lain bila nak bercakap," katanya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut membuat teguran sama semasa sesi penggulungan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertukar kecoh apabila ramai wakil rakyat pembangkang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan