Hukuman Rogol Gadis Bawah Umur Wajar Diputuskan Mahkamah - Tun Zaki

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hukuman bagi kesalahan merogol gadis di bawah umur 16 tahun seharusnya kekal diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

Beliau berkata, hukuman bagi kesalahan itu tidak wajar ditetapkan kepada satu hukuman semata-mata kerana ada faktor yang perlu dipertimbangkan seperti fakta kes sebelum pesalah dikenakan hukuman berat atau ringan.

"Dalam kes seorang lelaki tua merogol gadis bawah umur, dia memang layak diberikan hukuman paling berat iaitu penjara dan sebatan. Tiada persoalan dalam hal itu.

"Tetapi dalam kes yang melibatkan pasangan remaja, adakah remaja perempuan itu tidak bersalah langsung?

"Saya katakan kedua-duanya bersalah dan adakah adil jika hanya lelaki itu yang dihukum?" katanya sambil menambah kata laporan polis pada kebiasaannya dibuat ibu bapa perempuan yang menjumpai diari anak mereka.

Sehubungan itu, Zaki berpendapat cadangan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol gadis bawah umur harus dikaji secara menyeluruh bagi mengelakkan berlaku ketidakadilan.

Beliau ditemui selepas sesi dialog Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) di Kompleks Kraf di sini, Selasa.

Katanya, ketidakadilan juga boleh berlaku dalam kes sumbang mahram sekiranya hanya lelaki dihukum sedangkan ada di antara kes yang pernah berlaku membabitkan wanita yang lebih berusia.

"Perkara ini perlu dilihat dalam sudut yang lebih luas. Pada saya, penyelesaian terbaik adalah dengan menekankan bahawa remaja tidak boleh melakukan hubungan seks sehingga mereka berkahwin," katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Selasa, bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada Jabatan Peguam Negara untuk meminda Seksyen 376 supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dijatuhi hukuman penjara mandatori dan tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.

Mohamed Nazri berkata, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan supaya hukuman penjara mandatori di bawah Seksyen 376 dikekalkan, dan hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Keputusan untuk meminda seksyen itu dibuat berikutan jumlah kes rogol melibatkan gadis bawah umur yang terlalu tinggi, selain bagi memelihara golongan itu daripada terdedah kepada jenayah berkenaan tanpa sebarang perlindungan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan