Hasan Tetap Bersama PAS Walaupun Terus Dedah Kepincangan Parti Itu

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, Selasa.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata ramai golongan ulama semakin di perkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan