Hanya Kerja Keras Dapat Jayakan Hasrat Negara - PM

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebaik tiba di tanah air dari Manila, Datuk Seri Najib Tun Razak bergegas ke Seri Perdana untuk menerima kunjungan kumpulan penjaja dari kawasan Kuching Selatan, Sarawak.

Perdana Menteri meluangkan masa menghadiri dan berucap pada majlis jamuan tengah hari dengan 260 anggota komuniti penjaja itu sebelum ke ibu negara pula untuk pelancaran inisiatif Peluang Perniagaan Inovasi oleh Agensi Inovasi Malaysia di bangunan Parlimen.

"Saya yakin bagi kalangan penjaja, kalangan peniaga seperti anda, tiada perkara lain selain kerja keras. Jika kita bersedia untuk bekerja keras, peluang untuk berjaya lebih tinggi. Saya amat percaya sebagai rakyat Malaysia, jika kita mahu mencapai wawasan menjadikan Malaysia sebuah negara maju, maka kita semua mesti bekerja keras," katanya semasa berucap di Seri Perdana.

Beliau berkata semasa di Filipina, beliau menerima layanan cukup istimewa oleh kerajaan negara itu kerana Malaysia dilihat berjaya menjalankan peranan yang besar lagi penting, untuk mendamaikan kawasan di selatan Filipina.

Ketika ini imej Malaysia amat baik di Filipina, yang menunjukkan bahawa kerajaan sedang bekerja keras bagi meningkatkan lagi imej negara di peringkat antarabangsa, mahupun serantau, katanya.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kewangan Kedua Sarawak yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Datuk Seri Wong Soon Koh, dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk James Chan Khay Syn.

Najib berkata sebagai Perdana Menteri, beliau perlu bekerja keras untuk menampilkan teladan yang baik, kerana beliau percaya satu-satunya cara untuk merealisasikan apa yang dirancang untuk negara, adalah dengan bekerja keras.

"... tapi sudah tentu ada faktor lain juga, jika anda seorang pemimpin yang menerajui negara, anda juga perlu berilmu, jika anda berbuat bising macam tin kosong sahaja, tidak banyak yang boleh dilakukan," katanya.

"Saya boleh beri jaminan yang kerajaan kita sebuah kerajaan yang berwibawa kerana kita mempunyai perancangan besar untuk seluruh rakyat di bawah payung 1Malaysia," tambahnya.

Merujuk kepada aspek Janji Ditepati, Najib berkata, dalam lawatannya ke bandar raya Kuching beberapa bulan lepas, beliau mendengar pelbagai aduan dan permintaan, dan beliau berjanji untuk berusaha keras bagi menunaikannya.

Katanya yang sudah ditunaikan sehingga kini ialah projek penyelenggaraan flat MBKS di Jalan Ban Hock bagi manfaat 531 keluarga yang menelan belanja RM1.5 juta, serta projek naik taraf Pasar Stutong termasuk membaiki bumbung dan siling bagi manfaat 551 penjaja yang menelan belanja kira-kira RM550,000.

Najib berkata, selain itu, projek tempat letak kereta Lorong Datuk Bandar 5 dan bina semula tandas awam di Pusat Penjaja Kenyalang Park, serta baik pulih bumbung pasar Petanak di Jalan Petanak; juga sudah disiapkan.

Menurutnya semua projek itu, termasuk di pasar Stutong dan flat MBKS, menelan belanja sekitar RM2.5 juta.

Perdana menteri seterusnya berkata, rancangan kerajaan bukanlah semata-mata untuk memberi wang terus kepada orang ramai, tapi lebih daripada itu, yang lebih mencabar, ialah untuk menyuburkan ekonomi bagi membawa kesejahteraan kepada negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan