Audit 2011: Kerajaan Persekutuan Kutip Hasil RM185 Bilion

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan mengutip hasil berjumlah RM185.42 bilion pada 2011 iaitu peningkatan sejumlah RM25.77 bilion atau 16.1 peratus berbanding RM159.65 bilion pada 2010.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, kenaikan harga petroleum mentah dunia, perkembangan ekonomi domestik yang kukuh serta aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyumbang kepada peningkatan hasil negara.

Menurutnya, LHDN berjaya mengutip hasil berjumlah RM109.61 bilion pada 2011 iaitu peningkatan 26.7 peratus berbanding 2010.

"Manakala JKDM pula berjaya mengutip RM30.38 bilion pada 2011 iaitu peningkatan 7.9 peratus berbanding 2010.

"Langkah-langkah positif yang diambil oleh LHDN dan JKDM menunjukkan peningkatan hasil yang signifikan pada 2011," katanya menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 di sini, Isnin.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 diedar kepada anggota Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan