289 Terima Darjah Kebesaran Persekutuan 2012

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Tan Sri Azman Shah Haron pada Selasa mendahului 289 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Persekutuan 2012 di Istana Negara di sini.

Beliau dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri' oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut menerima darjah tersebut adalah bekas Panglima Tentera Udara Lt Jen (B) Tan Sri Abdul Ghani Abdul Aziz, Pengarah OSK Investment Bank Berhad Tan Sri Ong Leong Huat @ Wong Joo Hwa, Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Tan Sri Dr Abdul Samad Alias dan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Istiadat pengurniaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun rasmi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Tuanku Abdul Halim turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada 14 penerima.

Antara mereka ialah Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Balang Rining, Ketua Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Mohammed Saffari Mohammed, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk Syed Ali Mohamed Alattas dan Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad Datuk Zamani @ Muhamad Chali Abdul Ghani.

Penerima tunggal darjah PJN (Kehormat), yang juga membawa gelaran 'Datuk' bagi warga negara asing ialah Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd Datuk Takashi Hibi.

Seri Paduka turut mengurniakan darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada empat penerima dan 29 penerima darjah Johan Setia Mahkota (JSM).

Seramai 54 orang pula menerima darjah Kesatria Mangku Negara (KMN), 82 orang menerima darjah Ahli Mangku Negara (AMN) dan 100 orang dikurniakan Pingat Pangkuan Negara(PPN). BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan