Sarawak, Sabah Runding Tubuh Syarikat Penerbangan Baru Dengan Kerajaan Persekutuan

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sarawak dan Sabah masih lagi dalam perundingan dengan kerajaan persekutuan berhubung penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru, sebagai anak syarikat Malaysia Airlines (MAS), bagi memperbaiki laluan masuk ke kedua-dua buah negeri itu melalui udara.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata demikian semasa ditemu bual oleh wartawan asing yang berpangkalan di Doha di luar forum selama dua hari mengenai pelaburan, di ibu negeri Qatar itu minggu lepas.

Beliau berkata, kedua-dua negeri berminat membeli saham majoriti dalam syarikat penerbangan baru itu supaya dapat membuat perancangan lebih awal terhadap laluan masuk udara di samping mahukan lebih kelonggaran dalam kesalinghubungan dengan syarikat penerbangan lain yang memberi perkhidmatan ke rantau tersebut.

"Kedua-dua negeri mahukan laluan yang membolehkan persinggahan di Hongkong, Singapura, Kuala Lumpur dan bandar raya lain untuk mengambil penumpang dari Kuching, Kota Kinabalu dan Brunei Darussalam," katanya.

Taib gembira kerana Sarawak dan Sabah semakin banyak menerima persinggahan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah yang menolong mendekatkan lagi hubungan antara Semenanjung Malaysia dengan Sibu, Bintulu, Miri dan Kota Kinabalu.

Beliau mengetuai misi ke Doha untuk menarik pelaburan yang lebih tertumpu kepada pihak berminat di Timur Tengah bagi industri pengeluaran makanan di hab halal seluas 77,000 hektar di Tanjung Manis.

Taib memberi jaminan bahawa kerajaan Sarawak boleh mengatur mendapatkan rakan kongsi teknologi menyertai usaha pembangunan di negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan