Perjanjian Damai Filipina-MILF: Semua Pihak Tidak Sabar Kecapi Keamanan

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyokong Islam di Filipina berarak menyertai perhimpunan menyokong perjanjian damai awal antara kerajaan dan MILF di luar istana presiden Malacanang di Manila pada Ahad. Foto AFP
Penyokong Islam di Filipina berarak menyertai perhimpunan menyokong perjanjian damai awal antara kerajaan dan MILF di luar istana presiden Malacanang di Manila pada Ahad. Foto AFP

BANDAR COTABATO: Sepanduk yang mengisytiharkan “Perang Bukan Jawapannya” dan “Keamanan Adalah Sebaik-baiknya” diarak di jalan berlekak-lekuk dan berdebu ke Kem Darapanan, ibu pejabat pentadbiran Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Di hadapannya terdapat sekatan jalan oleh tentera bersenjata MLFP di pintu masuk ke kem yang menggantungkan sepanduk warna hijau dengan ayat yang tertera: “Allahu Akhbar… Hidup Lama! Kerajaan Bangsamoro”.

Di dalam kem itu pada malam sebelum Suasana begitu meriah di kem pada malam Ahad sebelum hari ini (Isnin) yang menyaksikan memeterai perjanjian damai awal antara Kerajaan Filipina dan MILP, apabila masing-masing begitu yakin memperoleh keamanan akan menjadi realiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di Manila pada Ahad, akan menyaksikan majlis menandatangani itu istana presiden Malacanang bersama-sama dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III dan Ketua MILF, Murad Ibrahim.

Ia akan ditandatangani oleh Ketua Perunding Filipina, Marvic Leonen dan Ketua Perunding MILF, Mohagher Iqbal.

Istana itu melancarkan permaidani mereah untuk 200 pegawai yang meninggalkan sebuah pesawat yang disewa di sini pada Ahad.

Perjanjian damai itu, yang mendapat bantuan Malaysia, telah membawa harapan baru buat mereka di tanah Moro yang dilanda kemiskinan dan terperangkap dalam konflik bersenjata selama empat dekad.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan