Pengambilalihan Batavia Air Oleh AirAsia Dibatal

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pengambilalihan PT Metro Batavia, pemilik syarikat penerbangan yang menghadapi masalah, Batavia Air, oleh syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Malaysia, AirAsia Bhd, dan rakan Indonesianya, Fersindo Nusaperkasa, telah dibatalkan.

Pengarah Komersil Batavia Sukirno Sukarna, yang mengesahkan pembatalan itu, berkata syarikat itu gagal mencapai satu persetujuan dengan AirAsia dan Fersindo.

Pada Isnin, akhbar berbahasa Inggeris "The Jakarta Post" memetik Sukirno sebagai berkata bahawa AirAsia dan Fersindo dijangka mendedahkan butiran perundingan yang gagal itu pada Isnin.

AirAsia dan Fersindo telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat penerbangan domestik itu pada akhir Julai untuk membeli PT Metro Batavia, yang termasuk sekolah penerbangannya, pada harga US$80 juta (RM256 juta).

Mengikut MoU itu, AirAsia akan memiliki 49 peratus Metro Batavia manakala Fersindo akan memegang baki 51 peratus bagi memenuhi peraturan pemilikan Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan