Peguam Negara Kritik KDN Simpan Peralatan Pejabat Dalam Bilik Kebal

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menyimpan bekalan peralatan pejabat dan perabot di dalam bilik kebal dan sel lokap kompleks KDN yang baru di Johor yang dibina untuk untuk menempatkan dokumen terperingkat dan suspek jenayah.

Peguam Negara dalam laporannya berkata di bawah kontrak yang ditetapkan, kompleks tersebut harus digunakan selaras dengan tujuannya.

"Walau bagaimanapun, lawatan ke Jabatan Pertahanan Awam dan Pendaftar Pertubuhan mendapati mereka tidak menggunakannya untuk tujuan yang dimaksudkan. Sebaliknya, mereka telah menggunakannya untuk menyimpan perabot lama, peralatan mencuci dan bekalan pejabat," katanya dalam laporan.

Beliau menambah, di bawah Perenggan 58 Buku Arahan Keselamatan, dokumen terperingkat perlu disimpan dalam peti besi dan dikunci dengan kunci tatakira, manakala sel-sel digunakan untuk tahanan, penagih dadah dan suspek jenayah.

Kementerian Dalam Negeri dalam tindak balasnya berkata bahawa peti besi dan sel-sel telah dibersihkan.

Kompleks KDN Johor yang baru telah siap pada Mac 2011 untuk menempatkan semua jabatan negeri dan agensi-agensi kementerian itu.

Kompleks pada mulanya menelan kos kira-kira RM190.43 juta tetapi kos telah meningkat kepada RM194 juta untuk membina lebih banyak kemudahan, termasuk peti besi dan sel-sel lokap yang menelan belanja RM830,000.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan