Papan Iklan Papar Menteri Besar Perak Disimbah Cat Merah - Berita Semasa | mStar

Papan Iklan Papar Menteri Besar Perak Disimbah Cat Merah

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah papan iklan di persimpangan lampu isyarat Jalan Lumut-Jalan Iskandar Shah yang memaparkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disimbah dengan cat merah. Foto THE STAR/EDMUND NGO

LUMUT: Tiga papan iklan yang memaparkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Manjung di sini ditemui disimbah dengan cat merah pada pagi Isnin.

Satu papan iklan di persimpangan Jalan Lumut-Jalan Iskandar yang memaparkan Dr Zambry dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan moto “Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir, telah disimbah dengan cat merah yang menutupi gambar Dr Zambry.

Dua papan iklan yang turut disimbah dengan cat merah hanya memaparkan wajah Dr Zambry, yang didirikan oleh Majlis Perbandaran Manjung.

Satu ditempatkan di hadapan bangunan majlis perbandaran dan satu lagi di Jalan Sitiawan, dekat Taman Paya Bakau Manjung.

Difahamkan bahawa anggota Umno bahagian Lumut akan membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Manjung berhubung insiden itu kemudian pada Isnin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan