Kerajaan Sedang Kenal Pasti Tanah Untuk Bina Rumah Mampu Milik

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan tanah milik kerajaan pusat yang tidak dibangunkan sedang dikenal pasti untuk pembinaan kira-kira 50,000 unit rumah mampu milik terutama di Lembah Klang bermula tahun depan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, lokasi di sekitar Lembah Klang yang dikenal pasti untuk pembinaan rumah berharga kurang dari RM300,000 itu termasuk Sungai Buloh, Kajang dan Semenyih.

Katanya, kerajaan amat prihatin dengan masalah dan keperluan perumahan mendesak yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan bandar.

"Kerajaan dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Projek Rakyat 1Malaysia (PR1MA) senang mengenal pasti tanah bersesuaian bagi memastikan rancangan itu dapat direalisasikan tahun depan.

"Walaupun terdapat penggunaan tanah kerajaan untuk membangunkan projek mewah seperti Tun Razak Exchange, semua pihak tidak perlu khuatir kerana kerajaan tetap akan memenuhi keperluan rakyat bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana berpeluang memiliki rumah," katanya ketika menjawab soalan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Dzulkefly ingin tahu tindakan kerajaan mengenai kekhuatiran beberapa pihak tentang kedudukan bekalan perumahan mampu milik khususnya di Lembah Klang, sedangkan mereka melihat penggunaan tanah milik kerajaan untuk membangunkan projek mewah.

Devamany berkata, pembangunan di Lembah Klang juga akan diseimbangkan dengan pembangunan projek mampu milik di tanah yang strategik dengan sistem pengangkutan awam.

"Kerajaan yakin dengan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik di Lembah Klang, kesejahteraan rakyat akan lebih terjaga," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan