Kelantan Guna Royalti Petroleum, Hasilkan Belanjawan Lebihan

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan mengumumkan belanjawan lebihan sebanyak RM45.83 juta bagi tahun 2013 dengan mengambil kira tuntutan hasil royalti petroleum yang patut dibayar oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM200 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata hasil royalti itu merupakan 34.38 peratus daripada anggaran hasil berjumlah RM581.77 juta berbanding anggaran perbelanjaan mengurus RM535.95 juta.

"Dalam belanjawan ini, kerajaan memutuskan untuk memasukkan RM200 juta itu sebagai pendapatan dari royalti petroleum. Sebelum ini ianya diletakkan sebagai token sebanyak RM10," katanya semasa membentangkan belanjawan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini, Isnin.

Tanpa hasil royalti itu, belanjawan Kelantan dijangka mengalami defisit dengan anggaran hasil berjumlah RM381.77 juta.

Sejak beberapa tahun lalu, belanjawan Kelantan sentiasa mencatat defisit antaranya Belanjawan 2009 (RM20.20 juta), Belanjawan 2010 (RM29.50 juta), Belanjawan 2011 (RM53.25 juta), dan Belanjawan 2012 (RM83.23 juta).

Sementara itu, ketua pembangkang DUN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad membidas kerajaan Kelantan yang membentangkan belanjawan dengan hanya memberi khayalan kepada rakyat kononnya mereka akan memperolehi royalti petroleum sedangkan perkara tersebut masih dalam peringkat perbicaraan di mahkamah.

"Benda ini tak tahu ada ke tak ada. Saya fikir ia macam cerita Saidina Omar dahulu, ada orang nak suruh anak dia berhenti menangis kerana lapar. Dia rebus batu, jadi anak dia pun bila tengok dah ada rebus ingat makanan, bila bangun tak ada juga makanan.

"Saya ingat macam itu, tak ada asas nak letak sebab soal royalti ini masih dalam proses mahkamah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar persidangan DUN.

Md Alwi (BN-Kok Lanas) berkata mereka berbuat demikian kerana mengetahui bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir untuk meraih sokongan rakyat.

Persidangan dewan akan disambung semula esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan