Audit 2011: Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar Telan Kos Tambahan RM3.6 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan perlu menanggung kos tambahan berjumlah RM3.6 bilion bagi pembinaan projek landasan berkembar elektrik antara Ipoh ke Padang Besar sepanjang 329 kilometer (km).

Menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diedarkan di Dewan Rakyat pada Isnin, kos tambahan itu digunakan untuk pengambilan tanah bernilai RM698.17 juta, saguhati (RM37.64 juta), perkhidmatan perunding (RM256.96 juta), caj sambungan TNB (RM203.48 juta), lain-lain dan yuran guaman (RM1.38 juta), yuran memproses Skim Bayaran Tertangguh (RM10.05 juta) dan faedah pinjaman Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) (RM2.4 bilion).

Selain itu laporan itu menyebut, kelewatan projek berkenaan disiapkan pada tarikh yang ditetapkan menjadi punca kenaikan kos terutama bagi yuran perunding.

"Pengauditan yang dijalankan antara Jun hingga September 2011 mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya.

"Dua lanjutan masa selama 669 hari telah meningkatkan kos keseluruhan projek dengan kenaikan yuran perunding," kata laporan itu.

Projek landasan berkembar elektrik antara Ipoh ke Padang Besar dikendalikan kontraktor utama iaitu MMC Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd. (MGJV) yang dilantik pada 13 Disember 2007 secara rundingan terus.

Mengikut perancangan awal, kos projek itu akan menelan belanja RM12.485 bilion dengan tempoh projek disiapkan dalam tempoh 60 bulan iaitu mulai 8 Januari 2008 hingga 7 Januari 2013.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 turut menyatakan sehingga 31 Disember 2011, sejumlah RM2.395 bilion dan RM655.60 juta dibelanjakan masing-masingnya daripada peruntukan yang diterima di bawah RMKe-9 dan RMKe-10.

Manakala RM6.70 bilion pinjaman BPMB telah dibelanjakan sepenuhnya untuk bayaran interim.

"Bagi melaksanakan Skim Pembayaran Tertangguh (SPT), kementerian perlu menanggung kos sampingan berjumlah RM2.411 bilion. Persetujuan kementerian untuk menanggung kos sampingan telah diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 24 Februari 2009.

"Menurut nota perbincangan, wakil Kementerian Kewangan memberi pandangan supaya kos untuk yuran pemprosesan dan yuran guaman tidak ditanggung oleh kementerian tetapi oleh MGJV," kata laporan itu.

Bagaimanapun laporan itu menyebut bahawa Kementerian Pengangkutan tidak mengambil kira pandangan wakil Kementerian Kewangan dan memasukkan terma associated cost and expenses dalam Perjanjian Tambahan atas alasan isu bayaran tertangguh berbangkit hanya selepas dimuktamadkan perundingan harga kontrak antara kerajaan dengan kontraktor.

"Kementerian perlu menyelesaikan pinjaman BPMB berjumlah RM9.095 bilion (pokok dan faedah).

"Selain daripada faedah pinjaman, BPMB juga mengenakan bayaran berjumlah RM11.11 juta sebagai yuran memproses SPT dan perkhidmatan nasihat kewangan," katanya.

Selain itu semakan Jabatan Audit Negara juga mendapati sejumlah RM1.06 juta dibayar kepada CIMB Investment Bank Berhad dan Maybank Investment Bank Berhad kerana memberi khidmat nasihat kewangan berkaitan SPT kepada BPMB.

"Bagaimanapun, pihak audit tidak dapat menentukan sama ada bayaran ini memberi nilai pulangan terbaik (value for money) kerana kementerian tidak mengeluarkan tawaran kepada bank-bank lain untuk memberi perkhidmatan nasihat kewangan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan