Audit 2011: Kementerian Pertanian Ditegur Laksana Projek Luar Skop

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditegur kerana melaksanakan beberapa projek tanpa mengikut garis panduan dan skop pelaksanaan yang ditetapkan.

Menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2011, kementerian itu membelanjakan lebih RM60,000 bagi peruntukan pelaksanakan projek yang terkeluar daripada skop Projek Kecil Pertanian Kawasan Parlimen (PKPP) dan projek pertanian Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP).

"Perbelanjaan berjumlah RM11,340 di Parlimen Klang, Selangor adalah tidak berteraskan pertanian tetapi bidang jahitan iaitu pembekalan mesin jahit, mesin jahit tepi dan seterika kepada dua orang penerima bantuan," kata laporan itu.

Bagaimanapun menerusi maklumbalas kementerian, dinyatakan bahawa projek berkenaan mendapat kelulusan khas sebelum dilaksanakan.

Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut ditegur kerana memperuntukan sejumlah RM30,000 untuk kawasan Parlimen Ranau, Sabah bagi tujuan projek pertanian komoditi iaitu pembekalan klon bibit getah kepada 35 orang petani.

Berdasarkan laporan itu juga pihak kementerian ditegur kerana menggunakan peruntukan projek pertanian MPPP kepada agensi lain di bawah kementerian.

Semakan Audit mendapati projek pembungkusan dan pelabelan usahawan bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berjumlah RM20,000 di Parlimen Pagoh, Johor dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan MPPP.

"Projek ini sepatutnya menggunakan peruntukan daripada Fama kerana ia merupakan projek yang diuruskan sendiri oleh agensi itu," katanya.

Berdasarkan garis panduan PKPP dan skop pelaksanaan projek pertanian MPPP, projek yang dijalankan hendaklah projek kecil berteraskan pertanian tidak termasuk pertanian komoditi dan industri asas tani.

Selain itu, garis panduan dan skop pelaksanaan tersebut juga menyatakan projek yang dijalankan hendaklah tidak bertindih dengan projek yang dijalankan oleh kementerian dan agensi kerajaan lain.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan