Audit 2011: Kementerian Pertahanan Belanja RM3.2 Bilion Bina Kuarters Tentera

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembinaan kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) oleh Kementerian Pertahanan menelan kos lebih RM3.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1,464.71 juta daripada peruntukan siling bagi projek tersebut.

Bagaimanapun menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, peruntukan siling RMKe-9 bagi 38 projek RKAT ialah sebanyak RM1,742.12 juta.

"Bagi 12 projek RKAT yang dilawati, kos kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta.

"Bagaimanapun, kos ini telah meningkat kepada RM1,297.18 juta iaitu peningkatan sebanyak RM174.43 juta," demikian menurut laporan yang diedarkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Selain itu Jabatan Audit Negara mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi 12 projek RKAT yang dibina dalam RMKe-9 itu dan pengurusan satu RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya.

Secara keseluruhannya, Kementerian Pertahahan melaksanakan 38 projek RKAT meliputi pembinaan 9,445 unit rumah dan sehingga Disember 2011, sebanyak 37 projek siap manakala satu projek lagi masih belum siap dan telah dikategorikan sebagai projek sakit.

Laporan audit juga menyatakan bahawa daripada 37 projek yang siap, didapati sembilan projek dibawa ke RMKe-10 sebagai projek sambungan dengan kos berjumlah RM186.30 juta.

"Ini kerana sembilan projek tersebut mengalami banyak kecacatan dan kerosakan pembinaan serta memerlukan kerja pembaikan," katanya.

Lapornya lagi, berdasarkan semakan audit, enam projek RKAT di Lembah Klang yang dibina oleh Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd. (Syarikat USL) mempunyai bilangan kerosakan dan kecacatan pembinaan yang paling tinggi.

Semakan audit selanjutnya mendapati Syarikat USL juga gagal menyelesaikan antara 1,493 hingga 2,085 aduan kerosakan dan kecacatan dalam tempoh atau selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.

"Berikutan itu, kementerian telah melantik kontraktor pihak ketiga dengan kos sebanyak RM1.84 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang gagal diselesaikan oleh Syarikat USL," katanya.

Jabatan Audit Negara turut menegur Kementerian Pertahanan di atas kelemahan dalam pengurusan projek RKAT hingga memaksa kerajaan menanggung kos tambahan.

"Pada pendapat audit, kementerian sepatutnya merampas jaminan bank setelah Syarikat USL gagal menyelesaikan kerja pembaikan sebaik sahaja tamat tempoh tanggungan kecacatan.

"Kementerian juga tidak sepatutnya mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (CMGD) memandangkan kerja pembaikan yang masih belum selesai dilaksanakan oleh kontraktor," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan