Audit 2011: 547 Agensi Kerajaan Persekutuan Ditegur

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurusan kewangan agensi kerajaan pada 2011 mencatat prestasi lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan 111 atau 31.4 peratus kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan 'sangat baik' berbanding 77 atau 21.6 peratus pada 2010 dan 48 atau 12 peratus pada 2009.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bagaimanapun berkata, Jabatan Audit Negara mengemukakan 547 teguran kepada agensi Kerajaan Persekutuan, 97 (badan berkanun persekutuan) dan 534 (kerajaan negeri) bagi tujuan pembetulan dan penambahbaikan.

"Ketua jabatan yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan.

"Kementerian Kewangan juga telah mengeluarkan laporan maklum balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang memberikan ulasan atau tindakan terkini daripada ketua jabatan terhadap isu-isu yang dilaporkan," katanya di sini, Isnin.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 diedar kepada anggota Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin.

Menurut Ambrin, berdasarkan pengauditan terhadap 456 penyata kewangan kerajaan dan agensinya pada 2011, sebanyak 388 atau 85.1 peratus penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.

"Manakala sebanyak 25 atau 5.5 peratus penyata kewangan diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.

"Bakinya iatu sebanyak 43 atau 9.4 peratus penyata kewangan masih dalam proses pengauditan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan