AES Bantu Kurangkan Kemalangan, Sistem Terbukti Efektif – Kong

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: Keselamatan pengguna jalan raya tidak harus dikompromi apabila kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dibuktikan untuk mengurangkan kemalangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

“Semuanya mengenai menyelamatkan nyawa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga menggesa kerajaan untuk memasang kamera tanpa berlengah-lengah lagi,” katanya.

“Mereka merasakan bahawa kamera itu adalah penting dan rakyat juga perlu dididik untuk mematuhi undang-undang lalu lintas,” katanya selepas menyampaikan cermin mata percuma kepada 239 orang miskin di ibu pejabat MCA Lumut di sini, Ahad.

Dilaporkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah menolak cadangan untuk pemasangan kamera AES, yang mendakwa ia tidak direka berdasarkan pelan trafik.

Majlis Perbandaran Seberang Prai juga nampaknya tidak memihak terhadap keperluan itu.

Bagaimanapun, Kong berkata, beliau masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada dua majlis perbandaran yang menolak pemasaran kamera tersebut.

Beliau berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua majlis berhubung perkara itu.

Lim berkata, Kerajaan Pulau Pinang memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji sistem berkenaan sebelum membuat keputusan.

Kong turut menjelaskan perkara sebenar mengenai pandangan bahawa kamera itu boleh merakamkan imej pengguna jalan raya yang melanggar lampu kuning.

“Semua imej boleh dirakamkan dengan jelas yang menunjukkan pemandu yang melanggar lampu merah,” katanya.

Mengenai cadangan supaya diadakan kiraan waktu berhampiran lampu isyarat untuk memberi amaran kepada pemandu, Kong berkata, ia tidak perlu.

Beliau berkata, kira-kira 90 negara telah menggunakan AES tanpa penentu masa.

“Namun, mereka membuktikan telah mengurangkan kemalangan jalan raya dengan ketara,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan