Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah Perlu Dipinda - Lam Thye

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan untuk meminda Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah amat wajar dalam usaha menangani kes rogol bawah umur, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliu berkata kes rogol, terutama yang melibatkan mangsa kanak-kanak bawah umur 16 tahun, merupakan satu kesalahan yang serius di mana pesalah tidak boleh dilepaskan dengan hukuman ringan walaupun pesalah itu baru pertama kali melakukannya.

"Pesalah wajib dikenakan hukuman penjara dan tidak dibenarkan ikat jamin, serta harus menghapuskan bon jaminan berkelakuan baik atas budi bicara hakim," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa akta tersebut akan dipinda pada persidangan Parlimen akan datang di mana hakim tidak lagi dibenarkan menggunakan budi bicara mereka untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhi terhadap perogol di bawah umur.

"Jika pindaan ini tidak dibuat maka kes rogol ini akan menjadi lebih serius dan menimbulkan pandangan negatif daripada orang ramai terhadap kerajaan yang dianggap tidak memandang serius terhadap perkara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan