RM11.4 Juta Peruntukan Baik Pulih Empat Penempatan Rumah Pangsa

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan RM11.4 juta bagi membaik pulih empat penempatan rumah pangsa, tiga daripadanya di sini, di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-7: Kejiranan Indah (NBOS 7).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata kerja membaik pulih dan pengindahan semua rumah pangsa tersebut dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

"Kita pilih rumah pangsa tersebut tidak kira ia dibina kerajaan persekutuan atau negeri. Ini adalah inisiatif kerajaan bagi menjadikan Malaysia negara maju, berpendapatan tinggi dan sejahtera.

"Program ini akan diperluaskan ke seluruh negara tahun depan selepas enam projek contoh ini siap," katanya kepada pemberita selepas melancarkan NBOS 7 Rumah Pangsa Simpang Kuala dan Seberang Terus di sini, Ahad.

Menurutnya Rumah Pangsa Simpang Kuala mengandungi 12 blok 800 unit rumah menelan belanja RM3 juta dan Seberang Terus (10 blok 360 unit) sebanyak RM2.6 juta akan mula dilaksanakan Selasa ini dan siap 30 November depan.

Satu lagi projek NBOS 7 di Alor Setar iaitu Rumah Pangsa Setia Jaya dilaksanakan bulan lepas manakala projek pertama Rumah Pangsa Lobak di Seremban telah 80 peratus siap, kata Chor.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Alor Setar berkata dua lagi projek ialah di Ipoh, Perak dan Larkin, Johor Baharu pula akan dilaksanakan November ini.

Katanya antara kerja yang dijalankan dalam projek NBOS 7 ialah menukar tangki dan pam air rosak kepada yang lebih baik, menukar bumbung, siling, mengecat bangunan, membaiki pendawaian, surau, menaik taraf longkang, menyusun semula petak letak kenderaan dan mengindahkan landskap serta taman kanak-kanak.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Chor berkata bagi menjayakan NBOS 7 semua jabatan dan agensi kerajaan bekerjasama memberi khidmat kepada rakyat dan tidak lagi melakukannya bersendirian.

"Kerajaan pusat sedar rakyat berpendapatan rendah mahu persekitaran tempat tinggal mereka elok dan indah. Sebab itu kita lancarkan NBOS 7 namun kerjasama penduduk memelihara bangunan dan persekitaran sangat diharapkan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Ketuasetiausaha KPKT (Dasar dan Pembangunan) Yong Bun Fou dan Kamalruddin Shamsudin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan