Peruntukan RM2.98 Bilion Untuk Sabah Tahun Depan - PM

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik melihat gambar-gambar lama yang terdapat di kediaman bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun sempena pelancaran program Jelajah Janji Ditepati di Pekan Kudat, Sabah. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik melihat gambar-gambar lama yang terdapat di kediaman bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun sempena pelancaran program Jelajah Janji Ditepati di Pekan Kudat, Sabah. -fotoBERNAMA

KUDAT: Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan RM2.98 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Sabah, tahun depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu termasuk bagi melaksanakan projek meningkatkan bekalan elektrik sejumlah RM400 juta, projek bekalan air bersih RM150 juta dan RM31.3 juta bagi pembinaan jalan perhubungan desa.

Najib berkata projek Agropolitan Kota Belud-Pitas juga akan dibangunkan dengan peruntukan RM66 juta selain projek perumahan rakyat di Putatan dan Sandakan sebanyak RM65 juta.

"Selain itu, antara projek lain ialah pembinaan Loji Air di Semporna (RM30 juta), Kolej Komuniti Tambunan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuaran (RM32 juta) dan pelbagai projek kesihatan," katanya di hadapan lebih 50,000 rakyat yang datang dari pelbagai kawasan berhampiran Kudat seperti Pitas, Matunggong, Kota Belud, Tandek dan Pulau Bangi, ketika pelancaran program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat di sini, Ahad.

Beliau berkata kerajaan juga meluluskan peruntukan RM3.06 juta untuk pembinaan Rumah Kedai di Karakit, Pulau Banggi, projek perumahan rakyat di Jalan Apa, Kudat (RM3.5 juta) dan menambah baik kemudahan di Hospital Kudat.

Najib juga berkata kerajaan akan mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada seramai 408,927 isi rumah bagi seluruh Sabah termasuk 20,399 di Kudat, tidak termasuk golongan bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000.

"..tidak kira pilihan raya tahun ini atau tahun depan, janji ini tetap akan ditepati termasuk Klinik 1Malaysia di Kudat dan pembinaan Kudat Maju Shopping Centre," katanya sambil turut mencadangkan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan di Kudat.

Katanya, semua projek berkenaan dilaksanakan sebagai usaha berterusan bagi memakmur dan memajukan negeri di Bawah Bayu ini.

Sejurus pelancaran program itu, Perdana Menteri turut diraikan dalam satu jamuan makan tengah hari di kediaman Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang juga dinamakan 'Istana Tun Mustapha'.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan anak Allahyarham, Datuk Amir Kahar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Banggi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan