Pertikai Aset Pertahanan Gugat Kemampuan Keselamatan Negara -Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tindakan beberapa pihak, terutama parti pembangkang, yang sering mempertikai perolehan aset pertahanan negara akan hanya memberi kesan negatif kepada pasukan keselamatan negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mempertikai dan meremehkan perolehan berkenaan termasuk kapal selam, serta latihan dan sebagainya, yang bertujuan meraih sokongan dan kepentingan politik, boleh merendahkan martabat pertahanan negara di mata dunia, katanya.

Tindakan mereka, termasuk badan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu dilihat sebagai meremeh tahap profesionalisme pasukan keselamatan, katanya pada majlis lawatan kerja sehari beliau bersama 80 wakil media di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pembangkang menggunakan isu seumpama itu ketika menjelang pilihan raya umum tanpa prihatin terhadap implikasinya.

Katanya, pembangkang masih memburukkan perolehan aset kapal selam Scorpene walaupun pelbagai penjelasan telah dibuat melalui pelbagai media dan sesi taklimat, malah anggota pembangkang turut dibawa melawat ke dalam kapal selam tersebut. "Kita tidak mahu isu (perolehan kapal selam ini) melemahkan semangat anak kapal selam. Jangan merendahkan anak buah 'submariners' dan jangan merendahkan kemampuan kapal selam ini," tegasnya. Ahmad Zahid berkata,"Walaupun perbezaan pandangan politik, kita tidak seharusnya mempertikaikan kemampuan angkatan tentera. Sebaliknya pertahankan ia kerana ia soal yang tidak boleh dikompromi". Beliau berkata pihak pembangkang dan semua pihak, harus menerima hakikat bahawa pasukan TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia adalah kumpulan profesional yang harus dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan