MCA Perjelas Manfaat Bajet 2013

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: MCA merancang mengadakan majlis makan malam mega di seluruh negara bagi memperjelas manfaat Belanjawan 2013 kepada komuniti Cina berbanding bajet pembangkang, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata pada majlis itu, pelbagai program dalam belanjawan itu bagi memastikan negara mencapai pertumbuhan ekonomi tahunan sebanyak lima peratus dan bagaimana untuk mengurangkan defisit, akan diperjelas kepada rakyat.

"Seperti malam ini, rakyta tidak datang ke majlis makan malam seacra percuma kerana mereka perlu membayar RM30 bagi setiap kepala dan wang itu dikumpul untuk pendidikan.

"Kami tidak mahu persepsi oleh pihak tertentu termasuk DAP bahawa orang Cina datang ke majlis makan malan kerana ia adalah percuma," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam mega MCA di Pandamaran Sabtu malam.

Beliau berkata MCA merancang mengadakan lapan majlis makan malam serupa di seluruh negara bulan ini dengan tema 'Stability above Chaos'.

Katanya, tema itu dipilih kerana rakyat Malaysia kini seolah-olah mengambil mudah perihal kestabilan negara, namun hakikatnya setiap orang perlu berusaha ke arah itu kerana bukan mudah untuk mengimbangi keperluan serta sensitiviti semua kaum di negara ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan