Malaysia Destinasi Pelancongan Mewah Unggul - Ng

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan kini mempergiat usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan mewah yang unggul untuk pelancong yang berbelanja tinggi, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata sehubungan itu, banyak hotel mewah dan resort antarabangsa sedang dibangunkan di negara ini.

"Satu percutian mewah di Malaysia pasti mengatasi pengalaman di hotel dan resort bertaraf dunia. Ramai orang akan bersetuju percutian ini tidak akan lengkap tanpa aktiviti membeli-belah barangan mewah," katanya ketika berucap pada Anugerah Hotel Mewah Dunia anjuran Hotel Pan Pacific di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Dr Ng berkata selain aktiviti membeli-belah barangan mewah, Malaysia menawarkan satu siri acara khas dan tarikan bagi memenuhi keperluan serta keinginan pelancong kelas atasan untuk perkhidmatan berkualiti serta gaya hidup mewah.

Pada majlis itu, Harbour Grand Hong Kong diumum sebagai pemenang keseluruhan kerana menerima undian terbanyak daripada tetamu pada 2012. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan