TPM Janji Bentang Laporan Pencapaian Sasaran Setiap Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan membentangkan laporan pencapaian sasaran setiap tahun berhubung pelaksanaan Pelan Tindakan Pendidikan Nasional 2013-2025.

Beliau berkata tahap pencapaian sasaran bagi melahirkan guru-guru efektif dan pelajar kritis di bawah pelan itu akan terkandung dalam laporan tersebut yang akan dibentangkan pada setiap akhir tahun.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata matlamat Pelan Tindakan Pendidikan Nasional itu akan dicapai menerusi tiga fasa dengan fasa pertama bermula tahun depan sehingga 2015.

"Adalah penting untuk kita bergabung tenaga di dalam memastikan setiap sasaran dan kandungan di dalam Pelan Tindakan Pendidikan Nasional itu tercapai," katanya pada majlis perhimpunan bersama Guru Muda 1Malaysia di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata guru-guru muda memikul tanggungjawab besar dalam memastikan sasaran yang terkandung dalam pelan itu tercapai dalam tempoh 13 tahun akan datang.

Menurutnya, kira-kira 49 peratus daripada lebih 450,000 guru di negara ini terdiri daripada guru berusia 23 dan 40 tahun.

Dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September lepas, Muhyiddin berkata sebanyak RM500 juta diperuntukan bagi melaksanakan pelan tersebut.

Beliau berkata sebahagian besar daripada peruntukan itu akan digunakan untuk meningkatkan kemampuan dan skil guru kerana mereka adalah tulang belakang untuk menghasilkan sistem pendidikan terulung.

Katanya, profesyen perguruan adalah kerjaya yang amat mulia kerana mereka memikul tugas membentuk murid bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan