Rakaman Di Bilik Temu Bual Bervideo SPRM Dibuat Tiga Salinan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakaman soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bilik temu bual bervideo atau 'Video Interview Room' (VIR) dibuat dalam tiga salinan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaaffar.

Beliau berkata, satu salinan rakaman akan disimpan saksi, satu salinan untuk kegunaan pegawai penyiasat dan satu lagi salinan sebagai dokumen yang akan dikemukakan di mahkamah.

Pendekatan itu mampu mencegah sebarang aktiviti suntingan atau manipulasi terhadap percakapan saksi yang dirakamkan, katanya.

Beliau berkata VIR, satu bentuk kepakaran yang dibawa dari Hong Kong, mula digunakan SPRM sejak awal tahun ini bagi meningkatkan ketelusan dalam prosedur siasatan, sekaligus antara langkah mengelak kejadian kematian saksi 'secara misteri' selepas dipanggil untuk memberi keterangan.

"VIR merupakan satu bilik yang mempunyai satu meja dan boleh dilihat dari luar, yang menunjukkan SPRM telus dalam menjalankan tugas menyoal saksi," katanya ketika ditemui Bernama pada Jumaat selepas menutup kursus eksekutif kanan bagi pengurusan strategik program anti rasuah di sini.

Beliau berkata, bilik siasatan itu juga mengambil dan mengaplikasi sepenuhnya kaedah yang sama yang digunakan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah di Hong Kong.

Zakaria berkata, setakat ini kemudahan soal siasat menggunakan VIR hanya terdapat di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Jalan Duta, Perak dan Melaka.

"Bagi negeri-negeri lain, kita sedang melatih anggota dan pegawai dalam mengendalikan VIR dan dijangka penggunaannya dapat dimulakan dalam masa terdekat," katanya.

SPRM pada Khamis dilaporkan berkata, semua prosedur menyoal siasat saksi atau pemberi maklumat akan dikendalikan di aras bawah bangunan pejabat miliknya di bilik khas dilengkapi rakaman video antara langkah mengelak kejadian kematian saksi semasa proses siasatan di pejabat SPRM. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan