Program Kesedaran Anti-Pemerdagangan Orang Diperluas Ke Sekolah

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) menyasarkan setiap sekolah menengah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru terlatih dalam isu pemerdagangan orang.

Timbalan Yang Dipertua NCWO Datuk Faridah Khalid berkata program kesedaran anjuran NCWO dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula pada Februari lepas dan menjelajah tujuh negeri termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Miri di Sarawak dan Tawau, Sabah.

"Bengkel pertama kita buat untuk guru di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kita kumpulkan terus guru bimbingan yang senior kira-kira 30 ke 40 orang. Guru yang kita latih ini kemudian melatih guru lain untuk menjadi pelatih.

"Kita mempunyai tiga peringkat, satu latihan utama untuk guru pelatih yang akan melatih di peringkat daerah, fasilitator dan mereka akan kembali ke sekolah untuk melatih pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran kempen kesedaran antipemerdagangan orang dan antipenyeludupan migran peringkat negeri Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Sabtu.

Faridah berkata setakat ini, NCWO melatih 350 guru dari 103 sekolah menengah dan bercadang menghabiskan program kesedaran itu di semua sekolah di setiap negeri.

Anggota Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) itu berkata tujuan NCWO melatih guru terbabit ialah untuk memudahkan penyaluran maklumat berhubung isu tersebut kepada pelajar memandangkan 70 peratus kes pemerdagangan orang melibatkan wanita dan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

"Kami melakukan ini kerana tidak mahu remaja menjadi mangsa terutama yang perempuan. Kamu mahu mereka lebih berhati-hati. Kita juga ingin mencegah anak sendiri yang lelaki daripada turut menjadi mangsa. "Mereka juga boleh berkongsi ilmu yang diperoleh dengan ibu bapa mereka. Jadi, terpulang kepada kreativiti guru bagaimana mereka menyalurkan maklumat itu," katanya.

Faridah berkata walaupun isu pemerdagangan adalah sesuatu yang baharu, kesedaran yang tinggi dan berterusan diperlukan memandangkan Malaysia diletakkan dalam tahap kedua pemerhatian bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Menurut statistik agensi penguat kuasa kepada NCWO, sebanyak 557 kes pemerdagangan orang direkod dari 2008 hingga 31 Ogos 2012 dengan jumlah tangkapan 755 orang.

Sementara itu, statistik mangsa yang diselamatkan dan mendapat perintah perlindungan tetap serta ditempatkan di rumah perlindungan dalam tempoh sama ialah 1,296 orang.

Bagi kes penyeludupan migran pula, sebanyak 40 kes dilaporkan dari 15 Nov 2010 hingga 31 Ogos 2012 dengan jumlah migran yang diseludup sebanyak 753 orang.

Di Pulau Pinang, sebanyak 48 kes pemerdagangan orang dan tiga kes penyeludupan migran direkod. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan