PM Mengaku Pernah Bertemu Soros Tetapi Sekadar Kunjungan Hormat

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengakui pernah berjumpa dengan spekulator mata wang, George Soros di New York, Amerika Syarikat dua tahun lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, pertemuan tersebut adalah atas permintaan Soros dan ia sebagai suatu kunjungan hormat.

“Memang saya ada berjumpa dengan George Soros dan saya anggap ia tidak jadi masalah. Bagi saya, bukan jumpa George Soros tetapi apa yang dibincangkan.

“Kita tidak bincang untuk jatuhkan kerajaan dan kita tidak bincang untuk dapatkan kewangan. Ia hanya sekadar kunjungan hormat,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Menara Dato’ Onn di sini, malam Jumaat.

Mengenai apakah dibincangkan bersama Soros, Najib berkata, ia hanya pertemuan biasa antara kedua-dua parti.

“Tiada yang disangka, tiada yang dicurigai, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenainya.

“Ia sekadar kunjungan hormat dan apa yang salahnya,” katanya.

Ketika ditanya adakah Soros diminta untuk tidak membiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk perubahan rejim, Najib berkata: “Tiada apa yang dikatakan mengenainya dan Soros juga tidak menyatakan tentangnya.”

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan