Penganalisis Sifatkan Bajet Alternatif Pembangkang Tidak Mampan - PM

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penganalisis menyifatkan bajet alternatif pembangkang tidak dapat bertahan dari segi kredibiliti dan kemampanannya.

Beliau berkata, bajet alternatif yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat tidak mendapat tumpuan terutama di kalangan penganalisis.

“Mereka merasakan bajet itu tidak dapat dipertahankan dari segi kredibiliti dan juga kemampanannya untuk melaksanakan segala yang dijanji yang telah dimuatkan.

“Sebabnya ia membawa kesan dan kemudaratan yang besar terhadap keutuhan kewangan kerajaan dan keyakinan terhadap ekonomi negara,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Menara Dato’ Onn di sini, malam Jumaat.

Najib berkata, Dewan Tertinggi BN berpendapat bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh beliau di Dewan Rakyat, Parlimen pada 28 September lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Dewan Tertinggi BN berharap agar pelaksanaannya diberi penelitian sebaik-baiknya supaya rakyat dapat memanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan akan terus memberi penjelasan kepada rakyat mengenai 111 cadangan yang dikatakan inisiatif dan akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk menepati semua janji yang dibuat kepada rakyat.

Bajet 2013 yang bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati", merangkumi lima fokus utama selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang menjadi tonggak pentadbiran beliau.

Lima fokus itu ialah Merangsang Aktiviti Pelaburan, Memperkasa Pendidikan dan Latihan, Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti, Konsolidasi Fiskal danMempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Mensejahterakan Rakyat.

Bajet 2013 berjumlah RM251.6 bilion berbanding RM232.8 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2012.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan