Orang Melayu Diminta Bersatu Hadapi Golongan Cauvinis

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Golongan cauvinis di negara ini tidak akan berhenti memecahbelahkan orang Melayu bagi melemahkan mereka dalam usaha golongan tersebut menguasai negara ini, kata Ketua Umno bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata oleh itu orang Melayu tidak boleh membuat percaturan salah pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita kena sedar ada sekelompok manusia cauvinis yang terang-terang berusaha memecahbelahkan orang Melayu. Mereka mahu menguasai negara ini. Sebarang kesilapan akan membawa padah dan bangsa Melayu akan kehilangan kuasa. "Orang Melayu tiada pilihan, kita perlu bersatu menentang golongan cauvinis bagi menjamin survival bangsa," katanya sewaktu berucap pada program 'Selamatkan Bangsa dan Negara: Amanat Pemimpin Bersama Rakyat' di Kampung Barokhas di sini malam Jumaat.

Ia dihadiri lebih 1,000 orang termasuk Naib Ketua Umno bahagian Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang juga Anggota DUN Kuala Nerang. Mahdzir yang juga Anggota DUN Pedu berkata orang Melayu perlu berhenti bersengketa sesama sendiri serta mengikis sifat dendam kesumat dalam diri mereka.

Katanya golongan cauvinis turut mengancam keselamatan negara dengan menganjurkan penentangan secara terbuka terhadap kerajaan yang dipilih rakyat melalui demonstrasi jalanan.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pula mengingatkan orang Melayu supaya mengkaji sejarah kebebasan negara dari belenggu penjajahan sehingga menjadi sebuah negara membangun.

"Nikmat yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan bangsa Melayu sendiri yang ditunjangi Umno dan ia perlu dipertahankan. "Sekali kita hilang kuasa, tidak mudah untuk kita dapat balik. Jadi belajarlah dari sejarah supaya kita akan lebih sedar nasib kita," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan