Madam G Dakwa Dipukau Guna Ilmu Hitam

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ibu tunggal menanggung kerugian selama tiga tahun apabila dia kehilangan sejumlah wang tunai, barang kemas serta menjual rumahnya sendiri selepas mendakwa dirinya berkawan dengan seorang kaki tipu.

"Ketika saya mula-mula bertemu dengan wanita itu tiga tahun dulu, dia beritahu saya dia didera oleh suami dan keluarganya," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai 'Madam G'.

Bukan itu sahaja dia turut membenarkan 'kawannya' itu tinggal di rumahnya di Damansaran apabila wanita itu mendakwa dia takut untuk pulang ke rumanh dan suaminya.

Madam G mendakwa wanita berusia 41 tahun mengambil kad kredit dan menggunakannya sehingga had kredit yang ditetapkan serta mengambil barang kemas dan membuatkan dia mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM dan diberikan kepadanya.

"Dia juga meminta saya berhenti kerja daripada sebuah multinasional, dan saya pun berbuat demikian," kata Madam G yang kesal dengan apa yang berlaku terhadapnya, katanya kepada The Star pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut memperdaya Madam G dengan mengatakan dia akan mengalami kecelakaan apabila memandu kereta, Toyota Camry yang baru dibelinya.

"Saya secara automatik terus memberikan kunci kereta kepadanya," kata ibu tunggal kepada dua anak, yang mana-mana kedua-dua anaknya bekerja di luar negara.

Madam G mendakwa wanita itu menggunakan ilmu hitam terhadapnya, hingga dia menjadi pendiam dalam tempoh beberapa tahun, serta menderita sakit gigi, belakang dan lutut.

Apabila dia berjumpa dengan doktor tidak ada apa yang ditemui dan mereka tidak mengetahui punca penyakit yang dihidapinya.

Selepas wanita berkenaan menghilangkan diri selama tiga bulan, secara perlahan-lahan Madam G mula 'mengingati apa yang berlaku secara jelas'.

"Dia minta saya tandatangan dokumen untuk menjual rumah, namun saya bernasib baik kerana ada bukti dan rakaman apabila dia mengaku kesalahannya selepas meminta dia berterus terang," kata Madam G sambil menambah dia telah mendapatkan bantuan daripada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) selepas dia membuat laporan polis pada 26 September lalu.

Sementara itu Presiden Cassa, Jacob George berkata mereka akan membawa kes tersebut ke mahkamah dan Madam G akan mendapat kembali rumahnya serta menuntut pampasan atas apa yang dia telah lalui selama ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan