Lebih Ramai Guru Bahasa Inggeris Tahun Depan - Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Lebih Ramai Guru Bahasa Inggeris Tahun Depan - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia akan menerima lebih ramai guru-guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat pada tahun depan, selaras dengan usaha Pelan Transformasi Pendidikan Nasional yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa itu di kalangan murid-murid.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 25 guru Bahasa Inggeris daripada Amerika Syarikat akan berkhidmat di Malaysia tahun depan, penambahan daripada sejumlah 50 guru tahun ini.

"Dua puluh lima lagi guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat akan membantu murid-murid kita tahun depan. Kita sememangnya mahukan lebih ramai (guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat), tetapi mereka hanya mampu menghantar setakat itu," katanya pada Sabtu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor, di sini.

Muhyiddin berkata, kajian kementerian menunjukkan penggunaan guru-guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat itu berjaya meningkatkan tahap penguasaan bahasa itu di kalangan murid-murid.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan