Laporan Siasatan Pengawal Peribadi Anwar Ke Peguam Negara

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Siasatan kes pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor mengacu pistol ke arah orang awam baru-baru ini diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Pengawal peribadi Anwar didakwa melakukan tindakan itu pada satu majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim dekat sini, September lepas.

"Kita serahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-74 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kenyataan Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang mempersoal tempoh masa yang perlu diambil bagi menyiasat kes tersebut walaupun segala bukti telah dikemukakan.

Mursyidul Am Tibai Muhammad Zahid Md Arip dilaporkan berkata kegagalan mendedahkan hasil siasatan kes itu dikhuatiri menimbulkan persepsi negatif terhadap kredibiliti pihak polis.

Sementara itu, Ismail yang dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira berkata penganugerahan itu merupakan satu pengiktirafan kepada khidmat PDRM.

"Saya sedar salah satu bidang penting di Melaka ialah pelancongan di mana terdapat ramai pelancong di negeri ini dan adalah penting bagi PDRM memastikan ia menjadi satu tempat yang aman dan selamat untuk dikunjungi," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata penganugerahan tersebut diharap menjadi penyuntik semangat kepada pegawai dan anggota polis yang berkhidmat di Melaka untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa depan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan